Skip to main content

15 Jun 1832 Perang Naning, Kalah Karena Dihianati

Gambar diorama Perang Naning di Muzium Warisan & Sejarah Naning.

Pada 190 tahun yang lalu, Perang Naning yang tercetus di antara pejuang Melayu pimpinan YAM Orang Kaya Seri Raja Merah Dato' Undang Naning ke-9 Abdul Said b. Omar (Dol Said) dan British berakhir.

Naning merupakan sebuah wilayah kecil yang berada di persempadanan Negeri Sembilan-Melaka. Ketika penjajahan Belanda, pentadbiran tempatan di Naning tidak diganggu dan mereka hanya perlu membayar 400 gantang padi sebagai ufti kepada Belanda.

Susulan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, berlaku pertukaran wilayah jajahan antara dua negara itu di Kepulauan Melayu, menyaksikan Melaka diserahkan kepada British. British menyangka Naning berada di dalam wilayah Melaka yang dikawal Belanda.

Maka dituntut pentadbir Naning membayar ufti sebagaimana diberi kepada Belanda dahulu, ditambah dengan cukai 1/10 daripada hasil keluaran, dan British mau menerapkan pentadbirannya di daerah itu.

Hal ini ditentang oleh YAM Orang Kaya Seri Raja Merah Dato' Undang Naning ke-9 Abdul Said b. Omar (Dol Said) Penghulu Naning.

YAM Orang Kaya Seri Raja Merah Dato' Undang Naning ke-9 Abdul Said b. Omar (Dol Said) enggan membayar cukai kepada British, menghalang kerja-kerja banci dilakukan dan macam-macam bentuk penolakan. Ini dikhuatiri British akan mempengaruhi lebih ramai orang Melayu lain untuk berani bangkit dan menentang.

Lalu British menghantar angkatan 150 tentera sepoi dari Melaka menyerang Naning pada 6 Ogos 1831, namun pertempuran didalam hutan memberikan kelebihan buat orang-orang Naning yang turut dibantu angkatan dari daerah sekitarnya.

Kekalahan itu menjadi satu tamparan hebat buat British, yang kemudian mengatur lagi strategi dengan gerakan halus memaksa Rembau (diketuai oleh Said Saaban) memutuskan hubungan dengan Naning dan menandatangani perjanjian dengan British.

Dengan kekuatan 1,500 tentera, British melancarkan serangan kedua ke atas Naning yang kini bersendirian tanpa bantuan dari Rembau yang sudah bersama British. Dengan mudah, British akhirnya menang melawan Naning pada 15 Jun 1832.

YAM Orang Kaya Seri Raja Merah Dato' Undang Naning ke-9 Abdul Said b. Omar (Dol Said) melarikan diri dari Taboh ke Melaka, dan British menawarkan 2,000 dolar Sepanyol kepada siapa yang bisa menangkap pejuang melayu itu. Beliau akhirnya menyerah diri pada 4 Februari 1834.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Twitter/Melaka In Fact

  • KENZO CELL

Berita Terkini

Berita Rekomendasi